Selamat Datang

Dapatkan barangan keperluan harian anda berjenama HPA yang dijamin halal lagi berkualiti dgn harga berpatutan. Sila hubungi 013-3921647. Sila klik di http://hpaproduct2u.blogspot.com/ untuk senarai penuh lebih 300 jenis produk.

Sunday, August 15, 2010

Ayam Organik




Pemilihan makanan di bulan Ramadhan ini amat penting.
Kerana seperti yang semua org tahu, apa yg melalui tekak kita akan
menjadi darah yang mengalir di tubuh dan membentuk hati kita.
Hati yang baik dari makanan yang baik.
AYAM.
Satu sumber protein yang amat di gemari oleh orang dewasa dan
kanak2. Sekarang terlalu sering kita mendengar penjualan ayam yg
diragui keHalaLannye kerana cara penyembelihannya dan juga sumber
makanannya. Jadi mari kita beralih ke pilihan yang lebih terjamin
iaitu Ayam Organik HPA.

Ayam yang dipelihara dengan cara organic lebih sehat daripada ayam
yang diternak dengan kaedah konvensional. Kebiasaannya ayam diberikan
ubat-ubatan kimia sejak dari peringkat umur 1 minggu lagi. Kematian
diperingkat awal penternakan kebanyakan disebabkan oleh stress yang
 tinggi. Oleh sebab itu ubat kimia anti stress diberikan apabila melihat
anak-anak ayam duduk berhimpun di satu tempat ataupun dijadikan
sebagai peraturan yang tidak boleh ditinggalkan.
Air gula merah merupakan salah satu kaedah organic bahan anti-stress
pada ayam. Ia akan menggantikan ubatan kimia di atas dengan lebih selamat
dan alami. Ini merupakan langkah pengurangan penggunaan kimia dalam
industry ayam sehinggalah ayam-ayam itu membesar bebas dari bahan
kimia. Jadi jika kita memilih ayam organic HPA bererti kita sedang
mengurangi timbunan kimia dalam tubuh. InsyaAllah.

Friday, August 13, 2010

Selamat berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua.
Semoga di bulan baik ini, kita dapat sama2 menambahkan amal dan
menjadikan kita lebih dekat dengan Allah s.w.t
Juga sama2 kita menjaga makanan yang masuk ke badan kita
dengan mengambil barangan yg di hasilkan oleh orang2 Islam
yang semakin banyak di pasaran sekarang seperti HPA yang
boleh di dapati di mana2 sekarang.
Alhamdulillah.

Dibulan puasa ini, minuman pilihan pastinya Kopi Radix dan Radix Koko
untuk menambah tenaga dan mengekalkan susu badan.
Juga aku pastikan tidak ketinggalan mengambil spirulina.
Makanan mmg byk pilihan sekarang. Paling di sukai, asam pedas segera.
Balik kerja cuma beli ikan, masakkan pes asam pedas, tambah ikan dan
bendi. Kadang2 aku tumis dulu bawang merah, bawang putih dan
jintan2 yang di tumbuk untuk menambah rasa. Sedappp..

Tuesday, July 13, 2010

RFC bakal menambah rangkaiannya


RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.


——————————————————————————

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.
Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.
Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.


*Sumber berita dari KOSMO