Selamat Datang

Dapatkan barangan keperluan harian anda berjenama HPA yang dijamin halal lagi berkualiti dgn harga berpatutan. Sila hubungi 013-3921647. Sila klik di http://hpaproduct2u.blogspot.com/ untuk senarai penuh lebih 300 jenis produk.

Sunday, August 15, 2010

Ayam Organik




Pemilihan makanan di bulan Ramadhan ini amat penting.
Kerana seperti yang semua org tahu, apa yg melalui tekak kita akan
menjadi darah yang mengalir di tubuh dan membentuk hati kita.
Hati yang baik dari makanan yang baik.
AYAM.
Satu sumber protein yang amat di gemari oleh orang dewasa dan
kanak2. Sekarang terlalu sering kita mendengar penjualan ayam yg
diragui keHalaLannye kerana cara penyembelihannya dan juga sumber
makanannya. Jadi mari kita beralih ke pilihan yang lebih terjamin
iaitu Ayam Organik HPA.

Ayam yang dipelihara dengan cara organic lebih sehat daripada ayam
yang diternak dengan kaedah konvensional. Kebiasaannya ayam diberikan
ubat-ubatan kimia sejak dari peringkat umur 1 minggu lagi. Kematian
diperingkat awal penternakan kebanyakan disebabkan oleh stress yang
 tinggi. Oleh sebab itu ubat kimia anti stress diberikan apabila melihat
anak-anak ayam duduk berhimpun di satu tempat ataupun dijadikan
sebagai peraturan yang tidak boleh ditinggalkan.
Air gula merah merupakan salah satu kaedah organic bahan anti-stress
pada ayam. Ia akan menggantikan ubatan kimia di atas dengan lebih selamat
dan alami. Ini merupakan langkah pengurangan penggunaan kimia dalam
industry ayam sehinggalah ayam-ayam itu membesar bebas dari bahan
kimia. Jadi jika kita memilih ayam organic HPA bererti kita sedang
mengurangi timbunan kimia dalam tubuh. InsyaAllah.

Friday, August 13, 2010

Selamat berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua.
Semoga di bulan baik ini, kita dapat sama2 menambahkan amal dan
menjadikan kita lebih dekat dengan Allah s.w.t
Juga sama2 kita menjaga makanan yang masuk ke badan kita
dengan mengambil barangan yg di hasilkan oleh orang2 Islam
yang semakin banyak di pasaran sekarang seperti HPA yang
boleh di dapati di mana2 sekarang.
Alhamdulillah.

Dibulan puasa ini, minuman pilihan pastinya Kopi Radix dan Radix Koko
untuk menambah tenaga dan mengekalkan susu badan.
Juga aku pastikan tidak ketinggalan mengambil spirulina.
Makanan mmg byk pilihan sekarang. Paling di sukai, asam pedas segera.
Balik kerja cuma beli ikan, masakkan pes asam pedas, tambah ikan dan
bendi. Kadang2 aku tumis dulu bawang merah, bawang putih dan
jintan2 yang di tumbuk untuk menambah rasa. Sedappp..

Tuesday, July 13, 2010

RFC bakal menambah rangkaiannya


RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.


——————————————————————————

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.
Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.
Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.


*Sumber berita dari KOSMO

Thursday, July 8, 2010

EQ Minda

Sejak lepas bersalin dan kembali berkerja, rasanya cepat sangat lupa
sesuatu perkara. Macam2 juga yg terjadi, terlupa kunci rumah, kereta
dan sebagainya.
Jadi sejak minggu lepas aku cuba produk utk Minda HPA. Moga2 dengan
izin Allah dapat membantu. Sebagaimana Evergreen Centella yg kesannya
sangat2 memuaskan hati , kenyakinan utk EQ Minda juga tinggi.
Insyaallah.



RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA


1.Madu Lebah (Honey)
2.Badam (Almond)
3.Habbatus Sauda’ (Black Seed)
4.kacang Adas (Lentil)
5.Kurma (Dates)
6.Tin (Figs)
7.Kismis (Raisins)
8.Zaa’rafan (Saffron)
9.Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA
1. MADU LEBAH (HONEY)
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.
2. BADAM (ALMOND)
Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:


35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)

20% DV bagi magnesium

15% DV bagi phosphorus

13% DV bagi riboflavin

8% DV bagi kalsium

6% DV bagi iron dan zink

4% DV bagi asid folik dan niasin
3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)
Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.
4. KACANG ADAS (LENTIL)
Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).
Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.
5. KURMA (DATES)
Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)
Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.
7. KISMIS (RAISINS)
Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.


8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)
Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.

Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Sunday, July 4, 2010

Mega PBC Julai

Bantulah Palestin boikot barang Yahudi

Sudah lama tak update blog. Kesuntukan masa dengan kerja2 di pejabat.
Seperti yg sedia maklum, hujung bulan May, kapal bantuan ke Palestin
telah diserang dan dihalang dari membantu saudara kita.
Sesungguhnya Yahudi laknatullah ini benar2 inginkan org2 Palestin
lenyap dari tanah airnya. Apakah yg dapat kita bantu.
Selain menghulurkan bantuan wang ringgit, mari sama2 kita beralih
kepada produk2 org Muslim agar suatu hari nanti dengan izin Allah
ekonomi Yahudi akan lumpuh.

Syukur kerana sebahagian keuntungan HPA juga disalurkan ke umat
Palestin. Jadi dengan berbelanja di HPA secara tak langsung kita
juga membuat sumbangan.

Antara barang keperluan yg mesti dibeli setiap bulan.

Monday, May 10, 2010

Halal Mart di Bukit Tinggi





Bulan lepas HPA menambah cawangan Halal Martnya.
Tak jauh je di Bukit Tinggi Klang.
Pada warga klang boleh la shopping kat sana ye.
(Beroperasi mulai 21 April 2010)
Alamat : No 89,89-1 Jalan Mahogani 5,
Bandar Botanik 41200 Klang Selangor
[Berhadapan Jusco Bukit Tinggi, Klang]
Hubungi : Zulkarnain (019-3453571)





Wednesday, April 14, 2010

Nak Cantik



Kata orang wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan.
Pantang dengar produk yang boleh mencantikkan dalaman dan
luaran mesti tertarik.
Salah satu produk HPA yan g bagus untuk tujuan tu evergreen centella
hasil dari gabungan spirulina dan pegaga. Semua org dah tau khasiat
dua benda tu. Insyaallah ada kesannya kalau tak luaran baik utk
dalaman.


Khasiat Evergreen Centella (EC):
Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.

Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.

Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).

Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.

Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.

Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).


Komposisi :Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.

Saturday, April 10, 2010

Puncak Niaga HPA




Insyaallah dalam hujung bulan ini satu lagi aset HPA akan bertambah.
Puncak Niaga HPA di syeksen 13 Shah Alam.
Satu berita yang cukup menggembirakan buat ahli HPA pastinya.
Harap2 segala kedai makanan HPA akan dibuka di situ.
Alamat :Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor

Sunday, March 21, 2010

Kordial




Kordial HPA dah lama ada di pasaran. Kordial ni sangat mudah
disediakan dan sedap. Terutama dengan situasi yg sibuk nak uruskan
anak2 kecik nih perlu pada benda2 yang mudah.
Kordial pilihan saya dan keluarga perasa pegaga, mangga dan jambu
batu merah. Kordial pegaga bagus untuk menurunkan suhu badan
anak2 yang demam. Cuma bagi anak makan sesudu besar kordial
insyaallah .

Friday, March 19, 2010

Menambah susu badan

Setiap ibu yang baru bersalin amatlah rugi jika tidak menyusukan
bayi mereka sendiri kerana susu ibulah hadiah terbaik utk bayi.
Insyaallah susu yang Allah jadikan itu sangat besar khasiatnya
6 bulan pertama seharusnya susu ibu sahaja diberikan.
Ada ibu yang mengeluh susu badan kurang atau tak ada mungkin
kerana kurang pengetahuan dan sokongan.
Alhamdulillah bermula anak pertama saya boleh dikatakan
berjaya dalam penyusuan susu badan.
Beberapa produk HPA banyak membantu dalam menambah
dan mengekalkan bekalan susu badan untuk anak saya.

Kalau anda ada masalah susu badan, cuba produk2 ini :
  1. Kopi Radix
  2. Spirulina - kapsul atau kordial
  3. Kismis
  4. Pegaga - uncang atau kordial
  5. Madu
  6. Spirumadu
  7. Kordial kurma

Set bersalin


Sudah agak lama blog ni tak terupdate. Macam2 hal yang berlakubeberapa bulan ini. Diringkaskan cerita saya sudah selamat melahirkan anak kedua pada 22 Januari yang lalu. Sekarang sudah selamat melepasi proses berpantang. Anak saya walaupun lahir tidak cukup bulan (7 bulan), Alhamdulillah sihat walfiat. Pastinya saat berpantang dan masa menyusukan anak seperti sekarang produk2 HPA banyak membantu.
Mujur HPA ada set bersalin sendiri, jadi tak payah pening2 cari
produk2 lain.

Keterangan produk:
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Minyak Bayi (2 unit).
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Kapsul Wanita A & B.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Spirulina.