Selamat Datang

Dapatkan barangan keperluan harian anda berjenama HPA yang dijamin halal lagi berkualiti dgn harga berpatutan. Sila hubungi 013-3921647. Sila klik di http://hpaproduct2u.blogspot.com/ untuk senarai penuh lebih 300 jenis produk.

Monday, June 15, 2009

PBC Residence Hotel, Uniten

Tuan Haji Ramly pengasas Pusat Rawatan Nurul Iman
berkongsi ilmu tentang khasiat herba.


Bernasyid dan berselawat utk menghindar ketegangan.

Kak Saira dari Puchong dan Kak Fauziah, Ampang.


Kawan2 yang sangat sporting, Halijah, Zam dan Hanim.


Bersama Kak Khatijah, Cikgu Atiqah dan Zai


Para peserta bersiap sendia mengempur dgn Radix. hehe...

Wakil dari Indonesia, Cik Wahyuni. Malu2 tapi bila sesekali di beri
peluang, petah orangnya.


Alhamdulillah 2 hari lepas 13-14 Jun saya berjaya menghadirkan
diri ke PBC di Bangi. Walaupun pendaftaran di buat disaat akhir
Alhamdulillah ada kekosongan. Walaupun saya hanya pergi
seorang, terasa mudah. Agak2 risau sesat jalan, kepada Allah
jualah tempat mengadu agak dipermudahkan jalan.
Alhadulillah sy menuju ke tempat yg betul.

Pengisiannya sangat bermakna. Bukan setakat mengenal
syarikat, marketing plan, motivation sahaja mcm program2
yg pernah sy lalui dulu, tapi ini mmg lain.
Pengisian rohani sangat dititik beratkan. Sebab selain
jasad, rohani kita juga memerlukan makanan.
Selawat, Zikir munajat antara pengisian di waktu senggang.
Terasa terisi hati yg jarang2 di penuhi keperluannya.
Yang ini sebenarnya sangat2 menarik.
Terasa byk sgt lompong2 yg perlu di isi.

Selain penerangan tentang MLM Syariah, fungsi setiap jenis
herba yg digunakan dari mana sumbernya, kaedah mengenal
pasti penyakit dan sangat2 penting bagaimana kita hendak
menjadi usahawan muslim sejati.

Insyaallah ilmu yg dipelajari akan dikongsi dan dimanfaatkan
bersama org dikeliling saya. Kerasa saya sangat yakin
dgn HPA dan produk2 yg halal dan toyyib.
Juga sangat2 ingin melihat kedai @ kiosk org muslim, HPA khususnya
seperti RFC, ROC, HPA Collection, Tahorah Dobi, Ilham Travel
dan lain2 berada di mana2. Insyaallah.

Seandainya kita tidak membangun ekonomi umat Islam
siapa lagi. Alangkah kasihan melihat nasib2 umat Islam yg
teraniaya sekarang ini. Walaupun bukan di depan mata,
sesungguhnya apa yg berlaku di Palestin, Ambon, Selatan Thai,
Iraq dan berbagai tempat lagi amat meruntum hati.
Insyaallah saya akan mengajak ramai lagi org ke PBC sebab
manfaatnya sangat banyak terutamanya dalam membimbing
kita menjadi Muslim sejati, yang tidak meninggalkan asas
fardhu ain dan fardhu kifayah.

Bukan hanya untuk diri, keluarga kita sahaja sebenarnya,
kita juga perlu jadikan ia tanggungjawab kerana benda2 yg shubhat
dan haram menutup hati kita dr kebaikan. Selain itu dgn utk
menggunakan barangan HPA insyaallah salah satu cara
meningkatkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Bila ekonomi
kita kuat, Insyaallah kedudukan umat Islam pasti dipanding tinggi.

Semoga Allah sentiasa memberi jalan kepada saya di dalam
perjuangan ini. Amin amin amin....

Tuesday, June 9, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang PBC

PBC ialah khursus jangka pendek 2hari 1 malam yg dianjurkan
oleh HPA utk pengedar2 diseluruh negara. Program ini diadakan
di hotel terpilih dgn di penuhi modul yg berfaedah untuk mendidik
pengedarnya menjadi usahawan dan menambah kekuatan rohani.

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.
2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.
3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.
4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul
1) Tak kenal maka tak cinta ( Kenali HPA )
2) Memahami konsep Multi Level Marketing Syariah HPA
3) Menjana pendapatan Barakah bersama produk halal HPA
4) Mengenal herba2
5) Tips untuk berjaya dalam MLMS HPA
6) Anak Soleh
7) Qiamulail dan tahajud berjamaah
8) Kuliah subuh
9) Bacaan Al-makthurat1
10) Solat Duha berjamaah
11) Senaman pernafasan
12) Diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan
13) Persembahan latihan dalam kumpulan

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih.
Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada
pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat
dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.
Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia,
program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang
terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran
Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat
‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli
dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh
PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan
pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul
ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan
Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di
mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun
di akhirat. InsyaALLAH…

sumber artikel dari http://hpa.com.my/pbc/

Insyaallah dlm masa terdekat sy akan mengikuti kursus ini
dan berkongsi pengalaman sendiri. Insyaallah...

Produk baru

Ini antara produk baru HPA yg memasuki pasaran.
Menambah banyak lagi keperluan harian yg biasanya dihasilkan
oleh non-muslim.

1. Rempah ikan dan daging
2. Minyak sahara
3. Lampin pakai buang (diapers)
4. Kicap lemak manis/Lemak masin ( dalam masa terdekat)
5. Ubat Anti lalat
6. Madu corcinium
7. Madu Ardisia.
8. Pencuci Tandas Organik
9. Pencuci Lantai Organik
10. Pencuci Pinggan Organik
11. Minuman Serai
12. Serbuk Tanah Liat Putih
13. Halwa Roselle
14.Buku Jawi Medical Herb
15.Body Scrub
16.Sate Ayam Organik

Tidak sabar menanti HPA Mall bila cukup 500 produk nanti.
Insyaallah.

Saturday, June 6, 2009

Produk dan Pembungkusan baru

HPA sentiasa membuat pembaharuan supaya produk2 yg sudah pasti
keHalalan nye menjadi pilihan utama pengguna Muslim.
Semuga kita terhindar dr memakan benda yg shubahah.
Aiskrim Toyyibah dgn perasa Kopi Radix, Koko Radix, Jagung dan Vanilla.
Tanpa gelatin.
Bungkusan baru Minuman Herba, Rosele, Tropika, Herba Jawi


Bungkusan Baru Kopi Radix, Teh Manjakani, Radix Koko, Radix Diet
Sesuai untuk yg berkeluarga.