Firman Allah yang bermaksud : "Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" Surah Al-Maidah ayat 88
Selamat Datang
Sunday, October 25, 2009
Radix Pizza House
Insyaallah kalau ada peluang ingin sekali ke Bandar HPA Sg Petani.
Macam2 ada di sana...
Produk-produk baru
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 11
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 9
Nilai Mata (NM): 2
Berita berkaitan Coklat Radix:
Coklat Radix – kini berada di pasaran (homemade)
Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.
Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin
Masker Anti Resdung
Selamat kembali
Semenjak bulan puasa. Maklum lah Ramadhan mmg masa
tu singkat sgt. Siang pastinya sibuk dgn keje , kalau malam
pulak sibuk ngan ibadahlah.. chewah.. walaupun tak sebanyak
mana berbanding org lain.
Harap selepas ini dapat update this blog regularly.
HPA terus melebarkan sayapnya, menambah produk2 baru
dah makin ramai ahlinya. Kenalan pun dah ramai yang pakai.
Moga produk muslim ini sentiasa menjadi pilihan.
Produk yg berkualiti insyaallah org cari.
Sunday, August 16, 2009
Produk untuk wanita
Saya sangat suka memperkenalkan beberapa produk HPA yg
sangat mujarab saya kira utk wanita.
1. Paramaria Plus
Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita.
Mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang
mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca,
berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila
wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun.
Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit
pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan.
Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki
alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Saya dan 2 org rakan yg mencuba produk ini dgn tujuan
menguatkan rahim alhamdulillah berkesan. Zuriat ke2 yg
ditunggu2 sudah beberapa minggu di dlm kandungan.
Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
2. Pembersih wanita Lady cheer
Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI
bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi.
Ditambah dgn rasa mint memberi kesegaran berbeza berbanding
produk2 yg pernah sy cuba sebelum ini.
Kelebihan Produk :
1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina
3. Spirulina
Spirulina sudah diketahui umum mempunyai pelbagai khasiat
dan terdapat pelbagai jenama produk yg berada di pasaran.
Cuma sebagai seorang Islam pastinya saya memilih HPA sebab
keyakinan pada sumber pembuatannya. Insyaallah.
Manfaat Spirulina adalah:
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan kanser
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada ginjal
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.
4. Kapsul Roselle (Vitamin C)
Mengikut sumber yg saya baca, roselle mengandungi vitamin C
yg lebih tinggi dari buah Oren.
Khasiat herba Roselle :
1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan
berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah
berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan
kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan
sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan
muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan
pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’.
Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan
meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan
Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri
dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan
darah tinggi.
3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran
udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada
terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat
dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan
dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka
yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan
kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah
demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium
Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada
permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah
stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak
menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga
amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka
luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit,
penenang dan sebagainya.
Wednesday, July 29, 2009
Cek pertama
Monday, July 20, 2009
HPA utk Sabrina
Sunday, July 19, 2009
HPA utk kecantikan
Saya masih baru dgn produk muka dari HPA, tetapi saya rasa ada
keserasian. Kulit sudah semakin hilang jerawat dan pori2 sudah tidak
terlalu terbuka.
Insyaallah akan kekal dlm masa yg panjang kerana ianya mudah,
dijamin halal dan amat Murahhh!.
1. Bedak Awani
Menghalus dan mencerahkan kulit. Dijadikan scub atau sekali
sekala sebagai mask.
2. Minyak Pati Sepang
Menghaluskan kulit. Digunakan berselang seli dgn bedak awana.
3. Kiswah
Dari air mawar sebagai toner. Bau bunga mawar yg segar.
4. Sabun pegaga.
Elok untuk menghaluskan kulit.
Wednesday, July 8, 2009
HPA di dapur saya
Antara produk HPA yg memenuhi dapur saya.
1. Kicap lemak manis
Sedap dan lemak
2. Sos Cili
Sedap dari sos cili yang dimakan sebelum ini.
3. Kari ayam dan daging
Rasa yang sedikit berbeza dari rempah jenama lain.
Rempah lebih terasa
4. Tepung RFC
Adunan rempah dlm tepung terasa. Campuran herba tidak terlalu
halus. Lebih sedap kerana tiada rasa bahan MSG.
Sangat enak utk digoreng dgn ayam organik atau pun cendawan.
Makanan Yang Halal Menempa Hati Yang Bersih
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Isnin, 08 Jun 2009 11:22
Dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhat), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka barang siapa menjaga dirinya dari perkara yang syubhat itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya, dan barangsiapa yang melakukan perkara syubhat itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti pengembala yang berada berhampiran dengan batas sempadan kawasan gembalaan (milik orang lain ),dibimbangi (jika dia tidak berundur ke tempat yang lebih selamat )lambat laun dia akan termasuk ke dalamnya (secara tak sengaja ). Ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika dia baik, baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )
HURAIAN
Hadis ini merupakan salah satu pokok syari’at Islam. Abu Dawud As Sijistani berkata: “Islam bersumber pada empat Hadis, diantaranya adalah Hadis ini”. Para ulama telah sepakat atas keagungan dan banyaknya manfaat Hadis ini.
Sebahagian ulama berpendapat: Syubhat itu ada tiga bentuk iaitu: Pertama, sesuatu yang sudah diketahui oleh manusia tentang pengharamannya tetapi orang itu ragu apakah masih tetap haram atau tidak. Misalnya, makan daging haiwan yang tidak diketahui dengan pasti penyembelihannya, maka daging haiwan seperti ini menjadi haram kecuali kalau terbukti dengan yakin telah disembelih. Dasar yang perlu dipegang dalam kes ini adalah Hadis ‘Adi bin Hatim seperti yan dijelaskan di atas.
Kedua, sesuatu yang halal tetapi masih diragukan kepastian halalnya, seperti seorang lelaki yang mempunyai isteri, namun diaragu-ragu apakah dia telah menjatuhkan thalaq kepadanya atau belum.Hal-hal seperti ini pada dasarnya adalah harus sampai diketahui dengan pasti haramnya. Dasarnya adalah Hadis ‘Abdullah bin Zaid yag ragu-ragu tentang apakag wudhuknya sudah terbatal, padahal sebelumnya dia yakin masih dalam keadaan suci.
Ketiga, seseorang ragu-ragu tentang sesuatu dan tidak tahu apakah hal itu halal atau haram dan kedua kemungkinan ini sama-sama boleh terjadi, sedangkan tidak ada petunjuk yang menguatkan salah satunya. Hal seperti ini lebih baik dijauhi, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pernah melakukannya pada kurma yang jatuh yang beliau temui di rumahnya, lalu beliau bersabda:
“Kalau saya tidak takut kurma ini dari kalangan zakat, tentu saya telah memakannya.”
Adapun orang tidak mengambil sikap berhati-hati yang berlebihan, seperti tidak mahu menggunakan air bekas yang ternyata masih suci kerana bimbang telah terkena najis, atau tidak mahu solat di suatu tempat itu ada kerana terfikir terdapat bekas air kencing yang sudah kering, atau mencuci pakaian yang masih bersih kerana bimbang terkena najis yang tidak diketahuinya, dan sebagainya. Sikap seperti ini tidak perlu diikut, sebab ia adalah berlebih-lebihan yang dipanggil dalam istilah syarak sebagai was-was dan bisikan syaitan,. Wallaahu a’lam.
rujukan: http://www.zahazan.net/index/artikel-ustaz-zahazan/makanan-yang-halal-menempa-hati-yang-bersih-amalan-yang-ikhlas.html
Monday, June 15, 2009
PBC Residence Hotel, Uniten
berkongsi ilmu tentang khasiat herba.
Kawan2 yang sangat sporting, Halijah, Zam dan Hanim.
Para peserta bersiap sendia mengempur dgn Radix. hehe...
diri ke PBC di Bangi. Walaupun pendaftaran di buat disaat akhir
Alhamdulillah ada kekosongan. Walaupun saya hanya pergi
seorang, terasa mudah. Agak2 risau sesat jalan, kepada Allah
jualah tempat mengadu agak dipermudahkan jalan.
Alhadulillah sy menuju ke tempat yg betul.
Pengisiannya sangat bermakna. Bukan setakat mengenal
syarikat, marketing plan, motivation sahaja mcm program2
yg pernah sy lalui dulu, tapi ini mmg lain.
Pengisian rohani sangat dititik beratkan. Sebab selain
jasad, rohani kita juga memerlukan makanan.
Selawat, Zikir munajat antara pengisian di waktu senggang.
Terasa terisi hati yg jarang2 di penuhi keperluannya.
Yang ini sebenarnya sangat2 menarik.
Terasa byk sgt lompong2 yg perlu di isi.
Selain penerangan tentang MLM Syariah, fungsi setiap jenis
herba yg digunakan dari mana sumbernya, kaedah mengenal
pasti penyakit dan sangat2 penting bagaimana kita hendak
menjadi usahawan muslim sejati.
Insyaallah ilmu yg dipelajari akan dikongsi dan dimanfaatkan
bersama org dikeliling saya. Kerasa saya sangat yakin
dgn HPA dan produk2 yg halal dan toyyib.
Juga sangat2 ingin melihat kedai @ kiosk org muslim, HPA khususnya
seperti RFC, ROC, HPA Collection, Tahorah Dobi, Ilham Travel
dan lain2 berada di mana2. Insyaallah.
Seandainya kita tidak membangun ekonomi umat Islam
siapa lagi. Alangkah kasihan melihat nasib2 umat Islam yg
teraniaya sekarang ini. Walaupun bukan di depan mata,
sesungguhnya apa yg berlaku di Palestin, Ambon, Selatan Thai,
Iraq dan berbagai tempat lagi amat meruntum hati.
Insyaallah saya akan mengajak ramai lagi org ke PBC sebab
manfaatnya sangat banyak terutamanya dalam membimbing
kita menjadi Muslim sejati, yang tidak meninggalkan asas
fardhu ain dan fardhu kifayah.
Bukan hanya untuk diri, keluarga kita sahaja sebenarnya,
kita juga perlu jadikan ia tanggungjawab kerana benda2 yg shubhat
dan haram menutup hati kita dr kebaikan. Selain itu dgn utk
menggunakan barangan HPA insyaallah salah satu cara
meningkatkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Bila ekonomi
kita kuat, Insyaallah kedudukan umat Islam pasti dipanding tinggi.
Semoga Allah sentiasa memberi jalan kepada saya di dalam
perjuangan ini. Amin amin amin....
Tuesday, June 9, 2009
Perkongsian Bijak Cemerlang PBC
oleh HPA utk pengedar2 diseluruh negara. Program ini diadakan
di hotel terpilih dgn di penuhi modul yg berfaedah untuk mendidik
pengedarnya menjadi usahawan dan menambah kekuatan rohani.
PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.
2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.
3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.
4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.
Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.
Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.
Modul-Modul
1) Tak kenal maka tak cinta ( Kenali HPA )
2) Memahami konsep Multi Level Marketing Syariah HPA
3) Menjana pendapatan Barakah bersama produk halal HPA
4) Mengenal herba2
5) Tips untuk berjaya dalam MLMS HPA
6) Anak Soleh
7) Qiamulail dan tahajud berjamaah
8) Kuliah subuh
9) Bacaan Al-makthurat1
10) Solat Duha berjamaah
11) Senaman pernafasan
12) Diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan
13) Persembahan latihan dalam kumpulan
Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih.
Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada
pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat
dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.
Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia,
program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang
terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran
Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat
‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli
dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh
PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan
pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul
ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan
Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di
mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun
di akhirat. InsyaALLAH…
sumber artikel dari http://hpa.com.my/pbc/
Insyaallah dlm masa terdekat sy akan mengikuti kursus ini
dan berkongsi pengalaman sendiri. Insyaallah...
Produk baru
Menambah banyak lagi keperluan harian yg biasanya dihasilkan
oleh non-muslim.
1. Rempah ikan dan daging
2. Minyak sahara
3. Lampin pakai buang (diapers)
4. Kicap lemak manis/Lemak masin ( dalam masa terdekat)
5. Ubat Anti lalat
6. Madu corcinium
7. Madu Ardisia.
8. Pencuci Tandas Organik
9. Pencuci Lantai Organik
10. Pencuci Pinggan Organik
11. Minuman Serai
12. Serbuk Tanah Liat Putih
13. Halwa Roselle
14.Buku Jawi Medical Herb
15.Body Scrub
16.Sate Ayam Organik
Tidak sabar menanti HPA Mall bila cukup 500 produk nanti.
Insyaallah.
Saturday, June 6, 2009
Produk dan Pembungkusan baru
Sesuai untuk yg berkeluarga.
Thursday, May 28, 2009
Produk yg dicuba
Teringin sgt nak update blog sebab ada beberapa lg produk
HPA yg telah di cuba.
Insyaallah kelapangan akan tiba nanti.
Antara produk2 baru dicuba
1.Ubat gigi herba
2.Aiskrim toyyibah perasa coklat dan vanilla
3.Pembersih wanita lady cheer
4.Kismin minda
Antara produk2 yg telah di cuba
1.Spirulina
2.Coscinum plus
3.Kapsul roselle
4.Paramaria plus
5.Kopi radix
6.Koko radix
7.Madu asli
Wednesday, May 6, 2009
Keperluan harian
dengan urusan kerja dan family.
Penggunaan produk2 HPA semestinya sentiasa berterusan.
Semakin lama semakin banyak produk HPA yang dpt
menggantikan kebergantunggan kepada produk2 non-muslim.
Tambahan pula harganya lebih kurang dgn barang2 lain
di pasaran terbuka. Jadi kalau kita ada pilihan produk
muslim kenapa pulak tak mahu gunakan.
Antara produk keperluan harian HPA ;
1.Makanan
Kismis, ayam dan daging organik , biskut
2.Minuman - kordial, kopi radix, teh pelbagai herba,
air bikarbonat , koko, air mineral dll
3.Sabun mandi
4.Syampu pandan, pegaga
5.Berus gigi
6.Ubat gigi
7.Pencuci pinggan
Sunday, March 8, 2009
Berita RFC
Berita RFC Dalam Harian Metro, 14 Februari 2009
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
RADIX Fried Chicked (RFC) mensasarkan menjadi restoran makanan segera nombor satu di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dengan pembukaan sekurang-kurangnya 20 cawangan restoran itu setahun mulai tahun ini.
RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini yakin restoran makanan segera kendalian mereka akan diterima rakyat negara ini kerana menyajikan makanan berkhasiat.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, sejak RFC pertama di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah dibuka pada pertengahan tahun lalu, ia menerima sambutan mengalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari.“RFC adalah alternatif kepada pengemar makanan segera, tetapi mahukan makanan sihat kerana di restoran kami semua bahan digunakan adalah organik dan berasaskan herba.
“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang dijamin tidak diberikan sebarang suntikan hormon kerana ayam kami menggunakan makanan yang diproses sendiri menggunakan bahan herba seperti daun mambu dan sebagainya.
“Bahan lain di RFC juga dihasilkan HPA seperti rempah berherba, sos tanpa bahan pengawet dan minuman berkarbonat jenama Radix yang tidak menggunakan gula sebarangan dan tidak berbahaya kepada kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bisnes Metro selepas pelancaran RFC cawangan kedua di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star, yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, minggu lalu.
Ismail berkata, HPA mensasar membuka 20 lagi RFC di seluruh negara dengan cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang; Kangar (Perlis) dan Bandar Laguna, Sungai Petani akan dibuka bulan depan.
Menurutnya, cawangan lain dalam pembinaan ialah Ipoh, Perak; Kulim, Kedah; Kuantan, Pahang; Kota Bahru, Kelantan dan Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam di Selangor pula selepas itu.
“Pada masa ini, ada RFC yang dibina di atas pelaburan HPA dan ada berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah sebanyak RM1.5 juta,” katanya.
Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan adalah 50: 50 antara HPA dan pemodal.
Mengenai RFC kedua di Alor Star yang menggunakan warna kekuningan, Ismail berkata, ia menjadi warna korporat RFC mulai sekarang selepas merah yang digunakan pada cawangan pertama di Sungai Petani.
“Warna tidak menjadi masalah kerana kita yakin dengan slogan ‘segar, organik dan halal’ restoran kami akan mendapat sambutan tanpa mengira bangsa dan agama serta sama ada mereka ahli MLM HPA atau tidak.
HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 470,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi segera berherba paling laris di negara ini.
Selain MLM dan RFC, HPA juga mempunyai syarikat pelancongan sendiri, HPA Ilham Holidays selain rangkaian homestay manakala hotel pertama syarikat itu, El-Zahraa Inn akan dibuka dalam tempoh terdekat.
————————————————
HPA sasar buka 20 restoran RFC
Berita RFC Dalam Berita Harian, 9 Februari 2009
Oleh Ridzuan Ahmad
bhbiz@bharian.com.my
Program pengembangan dilaksana susulan sambutan baik cawangan pertama
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang terkenal dengan produk Kopi Radix, mensasar untuk membuka 20 restoran Radix Fried Chicken (RFC) di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.
Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata program pengembangan itu susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai untuk cawangan pertama RFC yang dibuka di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah, Jun tahun lalu.
Katanya, kewujudan RFC akan merancakkan lagi industri makanan segera yang mempunyai potensi yang cukup luas untuk diusahakan di negara ini.
Beliau berkata, syarikat itu menawarkan francais kepada 500,000 ahlinya di seluruh negara untuk membuka RFC melalui kaedah perkongsian mudharabah yang mana modal diperlukan bagi sesebuah restoran adalah hampir RM1.5 juta, bergantung kepada lokasi.
“Usaha sama dibuat mengikut kaedah perkongsian mudharabah yang mana RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja.
“Nisbah keuntungan yang ditawarkan RFC ialah ialah 50:50 antara HPA dan pemodal. Keuntungan pula berdasarkan untung bersih bulanan,” katanya selepas perasmian cawangan kedua RFC oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Shahab Perdana, Alor Setar, kelmarin.
Ismail menjelaskan, semua produk digunakan di RFC, termasuk sos dan minuman adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia.
Katanya, RFC menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA dan dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan tongkat Ali.
Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.
RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.
“Kewujudan RFC juga membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan yang berminat untuk bekerja di setiap cawangan yang diwujudkan.
“Kita juga bersedia menimbang untuk mendapatkan ayam organik yang diusahakan oleh penternak tempatan, sekiranya ia mengikut standard yang ditetapkan,” katanya.
Ismail menambah, dalam tempoh terdekat ini, pihaknya akan membuka cawangan ketiga RFC di Kepala Batas, Pulau Pinang.
HPA kini memiliki empat kilang serba moden dan mengusahakan ladang ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik selain herba rossele, pegaga, misai kucing, jagung, serai dan pisang seluas 200 hektar untuk memastikan bekalan bahan mentah mencukupi.
Thursday, March 5, 2009
Pelan Pemasaran
HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.
Kekuatan Plan Pemasaran HPA
1. Berteraskan prinsip ihsan2. Keadilan pada setiap peringkat3. Telus dan berdaya saing4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan
Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.
Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!
11 GANJARAN BONUS HEBAT HPA
1. Untung Runcit……………………………………………….20% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….…23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…….15%
9. Tabung Pelancongan……………………………………….5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………..RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………………..11% ~ 16%
Cara pertama, ahli perlu mengumpul 1501 NM secara:
1. Timbunan2. Berkumpulan3. Tiada had masa
ATAU
Cara kedua ialah ahli perlu:
1. Hadir program PBC2. Dan lakukan belian bersyarat
(300 NM)* dalam tempoh masa 2 bulan dari tarikh PBC yang disertai.
Untuk keterangan lanjut pangkat2 lain dalam HPA sila
rujuk di http://hpa.com.my/pbc/plan.php
Tuesday, March 3, 2009
Kelebihan MLM HPA
di dalam HPA yang telah lama berkecimpung dalam MLM.
Adakah MLM HPA memenuhi prinsip yang dietapkam dalam hukum Shariah
Berdasarkan pengalaman saya selama hampir 13 tahun sebagai usahahawan MLM HPA, saya mendapati bahawa HPA merupakan sebuah syarikat yang benar-benar berusaha untuk memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak:
1.Pengurusan
HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa; ”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. ini bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan pangkat dan insentif.
2.Bahan mentah
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran, dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.
3.Produk
Produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil halal JAKIM.
Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan maupun untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan herbalis yang berilmu.
Ahli –ahli didorong untuk menggunakan produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya.
4.Harga produk
Harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single level di pasaran.
Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga 5.00 berbanding ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak herba But-But Cuma berharga 10.00 sahaja manakala sebotol air mineral Cuma 1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM tertentu bagi setiap unit barangan.
5.Pelan pemasaran
Sistem plan pemasaran HPA berteraskan prinsip Ihsan iaitu bebas dari penindasan, perangkap dan penipuan. Setiap insentif berserta syaratnya dibentangkan secara telus dan jelas. Pengiraan bonus bulanan dilakukan secara sistematik dan jelas. Setiap ahli menerima penyata bonus setiap bulan dan sekiranya berlaku sebarang keraguan mereka boleh memohon semakan semula dengan bahagian MIS.
Syarat maintain bulanan adalah rendah iaitu 100 NM sahaja dan tiada syarat jualan kumpulan dikenakan untuk melayakkan ahli menerima bonus jualan kumpulan seperti yang dikenakan oleh banyak syarikat MLM lain. Pembayaran bonus dibuat berdasarkan pencapaian jualan setiap individu dan kumpulannya tanpa sebarang syarat tambahan.
Dalam HPA adalah menjadi kebiasaan apabila bonus yang diperolehi oleh seseorang ahli melebihi daripada bonus up-linenya. Ini kerana sistem pemberian bonus dikira berdasarkan kadar usaha bukan semata-mata atas jualan kumpulan sahaja.
6.Tanggungjawab leader atau kepimpinan
Bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing HPA mewujudkan barisan pemimpin yang digelar Pengarah Jati Setia (PJS). Mereka dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli-ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan MLM. Malah mana-mana PJS yang didapati mengabaikan tanggungjawabnya boleh digugurkan dan hilang kelayakan menerima bonus dan insentif PJS.
7.Top-up sistem
HPA tidak mengamalkan sama sekali apa yang dikatakan top-up sales seperti yang banyak dilakukan oleh syarikat MLM lain. Top-up sales adalah syarat belian tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM untuk melayakkan ia menerima bonus pada bulan berkenaan sekiranya ia tidak berjaya memenuhi syarat jualan kumpulan yang tertentu. Pada tarikh tertentu kebiasaannya diantara 11 -13 hb pada setiap bulan ahli-ahli akan dimaklumkan oleh pihak ibu pejabat sama ada jualan mereka pada bulan tersebut melepasi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak layak, mereka perlu membuat belian tambahan pada hari itu juga berdasarkan jumlah yang ditetapkan.
Ini satu bentuk penindasan dan penganiayaan oleh pihak syarikat terhadap ahli-ahlinya. Akibat daripadanya menyebabkan ramai ahli yang terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri atau terpaksa berhutang atau bergolok gadai untuk mencukupkan syarat jualan yang dikenakan. Semakin tinggi pangkat seseorang ahli semakin tinggi tekanan yang dikenakan. Ramai ahli MLM yang dikesan mengalami kerugian yang besar dan ada yang bankrup sama sekali.
8.Tabung kereta
HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan bisnes walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan. Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat. Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri.
Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang besar.
9.Tabung perlindungan Takaful
bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan, kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain –lain syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun hanya di kalangan leader atasan sahaja.
Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. Hasil daripada perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang diguna pakai oleh syarikat HPA. HPA kini juga telah berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat MLM shariah di bumi Indonesia.
Saturday, February 21, 2009
Kopi Pracampuran Radix
1. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 16Sabah & Sarawak: RM19
Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 13Sabah & Sarawak: RM 16
Nilai Mata (NM): 5
2. Kotak Jumbo: 32 paket
Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 32Sabah & Sarawak: RM 38
Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 26Sabah & Sarawak: RM 32
Nilai Mata (NM): 10
3. Kopi berbentuk papan: 20 paket
Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 21Sabah & Sarawak: RM 23
Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 16Sabah & Sarawak: RM 19
Nilai Mata (NM): 6
Radix Fried Chiken (RFC)
1. Cawangan Alor Setar (Feb )
12.Cawangan Shah Alam (awal mei)
Untuk yang berminat melabur dalam RFC sila rujuk di http://hpa.com.my/rfc/tips.htm
Friday, February 20, 2009
Kelas mingguan 1
mingguan HPA Klang. Kelas bermula agak lambat mungkin kerana
masalah yg tak dpt dielakkan. Tetapi dgn pengisian dr leader HPA
yg padat tidak rugi menunggu hingga akhir.
HPA secara ringkasnya diasaskan oleh Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad
berasal dari Perlis. Ianya bermula pada 1985 dan 100% pekerjanya
orang Islam. Matlamatnya adalah memajukan pengubatan herba
sebagai pengubatan alternatif. Tuan Hj Ismail amat menitik berat
beratkan etika sebagai seorang Islam.
PJS Puan Radiayati menerangkan pelan pemasaran HPA yg adil dan
sukses. HPA mampu menjana ekonomi orang Islam kerana daripada
Pembekal-pengilang-pengedar-pengguna berkisar dikalangan orang Islam.
Kunci utama untuk naik pangkat dan mendapat bonus yg ditawarkan
syarikat adalah dgn menghadiri kursus Program Bijak Cemerlang (PBC).
Untuk mengekalkan bonus bulanan, syarat Nilai Mata yg wajib
dikumpul adalah rendah (100NM) ianya hanya dengan kita
menggunakan produk HPA dalam kehidupan harian kita.
Herbalis PJ Hj Mesday yang berpengalaman luas dalam bidang herba menerangkan tentang produk Coscinium Plus. Gabungan 4 herba yg dijadikan kapsul yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit resdung, rambut gugur, asma, buasir, patah tulang, kudis buta dan sebagainya.
Salam
Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama HPA
di sini agar dapat sama2 di jadikan panduan bersama.
Perjalanan saya baru saja bermula. Setelah mengetahui serba
sedikit latar belakang HPA saya amat tertarik dan ingin
bersama mereka memajukan diri saya dan ekonomi org Islam
amnya dengan sumber alam yang begitu bernilai iaitu herba.
Produk yang terjamin halal, murah, mudah didapati, memang
keperluan harian, pelan pemasaran yang mudah jadi tidak ada
alasan untuk saya tidak menyertai HPA. Hanya bermodal
RM30 saya menjadi pengedar HPA seumur hidup 2 minggu
lalu. Dengan sokongan kuat dari suami tercinta Insyaallah
perkongsian ini dapat diperluaskan.